Kelas Asas ICT dan NADI Self Shield
16 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 15 September 2024 (Ahad) sempena cuti sekolah penggal dua, NADI Sungai Bandung telah menjemput pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Plaman Baki/Menaul untuk menyertai Kelas Asas ICT dan NADI Self Shield. NADI Sungai Bandung telah mengadakan Kelas Asas ICT pada 15 September 2024 untuk Darjah Enam dan dijalankan secara dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Terdapat 17 orang pelajar telah menyertai kelas asas ICT yang dijalankan di NADI Sungai Bandung. Antara aktiviti yang dijalankan untuk kelas asas ICT ialah belajar menaip dan membuat kuiz.
Untuk aktiviti asas ICT pula, para pelajar telah diberi tunjuk ajar bagaimana membuat carian di dalam Google. Pelajar-pelajar diminta untuk membuat carian bendera-bendera yang terdapat di Malaysia dan mereka dikehendaki untuk meletakkan gambar bendera tersebut di dalam Microsoft Words dan melabel nama bendera tersebut dengan menggunakan text box. Selain itu, petugas NADI telah menyediakan artikel berkaitan Hari Malaysia untuk pelajar-pelajar tersebut. Pelajar-pelajar tersebut dikehendaki menaip semula artikel tersebut di dalam Microsoft Words. Ini bagi melatih pelajar-pelajar tersebut menaip dengan pantas.
Untuk kelas E-learning, petugas NADI Sungai Bandung telah mengadakan kuiz kemerdekaan dan hari Malaysia di dalam Google Form. Pelajar-pelajar diminta untuk menjawab di dalam Google form tersebut. Selain itu, pelajar-pelajar juga belajar mengenal peralatan teknologi di dalam Wordwall. Ini bagi memberikan pengenalan kepada pelajar-pelajar teknologi yang ada. Selain itu, pelajar-pelajar juga diminta menjawab kuiz Five Senses yang terdapat di dalam Wordwall.
Selain itu juga, petugas NADI telah membuka video tayangan Klik dengan Bijak kepada pelajar-pelajar tersebut berkaitan Buli siber dan Cyber Grooming. Hal ini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tersebut mengenai bahaya buli siber yang boleh menyebabkan seseorang boleh menjadi murung, resah atau penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan. Cyber Grooming pula ialah menjalinkan perhubungan emosi dengan kanak-kanak atau remaja bagi tujuan penderaan sek, eksploitasi atau pemerdagngan seks.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: